UNIT SUMBER MANUSIA

PENILAIAN PRESTASI

JAWAPAN:

Pegawai yang diluluskan sebarang cuti belajar (CBBP/CBSG/CBTG) sepanjang tahun kalender, tidak mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun penilaian tersebut.

JAWAPAN:

Isu had masa adalah tidak berbangkit disebabkan Pergerakan Gaji Tahunan merupakan hak pegawai dan telah berlaku pengabaian hak tersebut berikutan kesilapan pemahaman dasar/pekeliling yang terpakai bagi urusan ini. Sehubungan itu, hak pegawai yang terkesan itu wajar dikembalikan (restored).

Dari segi pelaksanaan, Panel Pembangunan Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan di mana pegawai itu diluluskan cuti belajarnya hendaklah mempertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai dan Surat Pergerakan Gaji pegawai dikeluarkan oleh Urus Setia PPSM Kementerian/Jabatan tersebut tertakluk kepada permohonan pegawai atau permohonan Pengurus Sumber Manusia di Kementerian/ Jabatan terkini pegawai.

Surat Pergerakan Gaji tersebut kemudiannya hendaklah disalinkan kepada Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan terkini pegawai bagi tujuan penyelarasan semula pembayaran gaji kepada pegawai.


JAWAPAN:


JAWAPAN:

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, prinsip utama dalam melaksanakan penilaian prestasi adalah seperti berikut:


JAWAPAN:

Semua pegawai awam yang dilantik secara tetap, kontrak (Contract of Service) atau sementara yang sedang menyandang gred jawatan di bawah kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan atau mana-mana jawatan Gred Utama atau Gred Khas yang masih belum diarahkan untuk menggunakan penilaian MyKPI.


JAWAPAN:

Pegawai Yang Dinilai (PYD) Hendaklah melengkapkan pengisian Borang SKT dan LNPT selewat-lewatnya pada minggu kedua/ketiga Januari tahun seterusnya sekiranya telah menjalankan tugas selama sekurang-kurangnya 6 bulan dalam tahun kalender.

Bagi pegawai lantikan baharu dan pegawai yang baharu melapor diri bertugas selepas tamat sebarang cuti yang diluluskan selepas 1 Julai, pegawai hendaklah menyediakan dan melengkapkan Borang LNPT setelah genap 6 bulan menjalankan tugas.


JAWAPAN:

Dalam hal ini, pegawai tiada markah penilaian  prestasi pada tahun penilaian.

PENANGGUNGAN KERJA

*Satu tahun kalender bermaksud daripada 1 Januari sehingga 31 Disember*

JAWAPAN:

Pegawai tidak perlu mengisi Borang SKT dan Borang LNPT sepanjang tempoh cuti tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai hendaklah melengkapkan Borang SKT dan Borang LNPT bagi tujuan penyediaan laporan penilaian prestasi bagi tahun penilaian dalam keadaan berikut:


JAWAPAN:

Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.


JAWAPAN:

Penanggungan kerja perlu diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus seperti di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.


JAWAPAN:

Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gaji permulaan terendah bagi jawatan skim perkhidmatan yang berkenaan.

KENAIKKAN PANGKAT

JAWAPAN:

Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib akan secara langsung ada tempoh tidak layak untuk dipertimbangkan pemangkuan. Tempoh tidak layak adalah berdasarkan jenis hukuman. (Rujuk Perkara 12, Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010).


JAWAPAN:

Boleh. Pegawai yang sedang dalam siasatan tatatertib atau SPRM layak dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan / kenaikan pangkat dan statusnya hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat. Sekiranya pegawai berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat, keputusan adalah tertakluk kepada pegawai bebas dari sebarang tindakan tatatertib.


JAWAPAN:

Diantara faktor yang boleh emnghilangkan kekananan ialah:


JAWAPAN:

Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U. (A) 1/2012], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

GAJI

JAWAPAN:

Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menentukan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik kali pertama berdasarkan kepada dua (2) kriteria iaitu gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan dan pengalaman relevan.

Rujukan:


JAWAPAN:

Gaji permulaan pegawai yang dilantik secara peminjaman hendaklah ditetapkan berdasarkan jumlah gaji yang boleh diselaraskan dan mengikut prinsip berikut:

Jumlah gaji yang boleh diselaraskan = Gaji hakiki akhir pegawai sehari sebelum peminjaman berkuat kuasa + insentif pertukaran mengikut gred jawatan hakiki pegawai.

Rujukan:


JAWAPAN:

Ya. Amaun pemberian PGT pada kadar tetap 3% daripada gaji maksimum ini tidak berubah dan diberi pada tiap-tiap kali pemberian PGT kepada pegawai yang berkelayakan.

Amaun kadar tetap 3% bagi gred-gred gaji terlibat adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Lampiran A dan Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Lampiran A dan Lampiran B, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 tanpa perlu membuat pengiraan semula pada setiap tahun.


JAWAPAN:

Tidak, kerana pegawai telah menerima Pergerakan Gaji Tahunan pada tahun tersebut.

Rujukan:


JAWAPAN:

Layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia.

Tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Separuh Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii) dan (iii) adalah secara isyarat dan tidak lebih tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi pergerakan gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Separuh Gaji yang diluluskan seterusnya.

Tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah secara isyarat dan tertakluk kepada had sebanyak tidak melebihi tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan seterusnya.

Rujukan:


JAWAPAN:

Gaji KUP dikeluarkan apabila:

Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diwujudkan gaji secara Khas Untuk Penyandang.

Rujukan:

KEMUDAHAN WAKTU BEKERJA

JAWAPAN:

Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dipertimbangkan untuk pulang setengah jam awal dengan syarat waktu rehat juga dikurangkan selama 30 minit seperti yang diperuntukkan dalam pekeliling perkhidmatan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.


JAWAPAN:

WBF bulan Ramadan juga terpakai untuk pegawai bukan beragama Islam tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.


JAWAPAN:

WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB.


JAWAPAN:

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk BDR sekiranya pejabat/premis tempat mereka bekerja mengalami gangguan utiliti yang boleh menganggu penyampaian perkhidmatan di pejabat/premis tersebut.


JAWAPAN:

Tempoh pemberian BDR hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi dua (2) minggu termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)

JAWAPAN:

Pemberian ITP kepada pegawai yang menduduki kuarters pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai mengikut penetapan PP8/2015 adalah merangkumi semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS).


JAWAPAN:

Pemberian 25% ITP juga terpakai kepada semua pegawai dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS) yang bertukar wilayah dan menduduki kuarters berdasarkan perkara 5, PP8/2015. Kerajaan telah menetapkan bahawa semua pegawai awam yang menduduki kuarters layak mendapat ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Ini meliputi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah.


JAWAPAN:

Berdasarkan perkara 7, PP8/2015, pegawai yang diperuntukkan kuarters, layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Dalam hal ini, kedua-dua pegawai layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kadar ITP masing-masing.

ELAUN

JAWAPAN:

Semua pegawai dalam Kumpulan Sokongan layak dibayar Elaun Lebih Masa kecuali pegawai dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

Rujukan:


JAWAPAN:

Ya. Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Elaun Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian. (Perintah Am 40 Bab C dan Surat Edaran JPA bertarikh 11 Ogos 2010).


JAWAPAN:

Ya. Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat layak menuntut Elaun Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam WP 1.4/2013. (Surat Edaran JPA bertarikh 15 November 2001).


JAWAPAN:

Corak kerja lebih masa adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut:

Rujukan:


JAWAPAN:

Pegawai yang sedang bercuti rehat tidak layak menuntut Elaun Lebih Masa bagi hari-hari pegawai dipanggil untuk bertugas. Sebaliknya, pegawai hendaklah membatalkan/memendekkan cuti rehatnya bagi hari-hari pegawai dipanggil untuk bertugas. Pegawai dibenarkan membuat Tuntutan Elaun Lebih Masa sekiranya pegawai menjalankan kerja lebih masa berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Rujukan:


JAWAPAN:

Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut:


JAWAPAN:

Pegawai yang bertukar wilayah boleh memilih sama ada menerima Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dengan menggunakan Borang JPA (EPW) yang terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001. Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.


JAWAPAN:

Ya. Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut:


JAWAPAN:

Ya. Pegawai yang diluluskan CBSG dalam negeri layak dibayar BSH atas kadar separuh apabila genap sebulan kalendar mulai tarikh CBSG mengikut kadar kawasan institusi berkenaan.


JAWAPAN:

Pegawai layak menerima BSH mengikut lokasi institusi pengajian. Bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang di Sabah/ Sarawak/ Labuan, kadar BSH adalah mengikut Kawasan A.


JAWAPAN:

Pegawai layak menerima BSH seperti kadar berikut:


JAWAPAN:

Pegawai yang memohon sendiri untuk bertukar wilayah tidak layak menuntut Elaun Gangguan kerana prinsip pemberian Elaun Gangguan adalah untuk pegawai yang diarahkan bertukar wilayah.


JAWAPAN:

Pegawai yang memohon sendiri untuk kembali semula ke wilayah asal tidak layak menuntut Elaun Gangguan kerana prinsip pemberian Elaun Gangguan adalah untuk pegawai yang diarahkan bertukar semula ke wilayah asal.


JAWAPAN:

Pegawai yang bersara di wilayah selain dari wilayah asalnya adalah tidak layak Elaun Gangguan memandangkan pemberian Elaun Gangguan adalah untuk pegawai yang masih berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan diarahkan untuk bertukar semula ke wilayah asalnya. Walau bagaimanapun, pendahuluan yang diterima pegawai semasa diarahkan bertukar wilayah, sekiranya ada, tidak perlu dikutip semula.


JAWAPAN:

Pegawai suami isteri yang bercerai semasa di wilayah berkhidmat boleh menuntut Elaun Gangguan mengikut kadar gaji masing-masing kerana kedua pegawai itu kembali semula ke wilayah asal sebagai individu yang berbeza. Pasangan yang telah menerima pendahuluan Elaun Gangguan semasa diarah bertukar wilayah hanya layak menuntut baki elaun tersebut semasa bertukar semula ke wilayah asal.


JAWAPAN:

Sila berhubung dengan Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sekiranya masih terdapat pegawai yang melaksanakan tugas secara Khas Untuk Penyandang (KUP) berkaitan elaun-elaun yang dimansuhkan dalam Pekeliling ini.

POLITIK

JAWAPAN:

PESARA/PENCEN

JAWAPAN:

Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur dibawah 18 tahun atau yang masih bersekolah dibawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.


JAWAPAN:

Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri.


JAWAPAN:

Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Peruabatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).


JAWAPAN:

Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Peruabatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).


JAWAPAN:

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.


JAWAPAN:

Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambilkira ialah tempoh perkhidmatan berstatus sandaran, kontrak, sangkut dan sambilan.


JAWAPAN:

Ahli keluarga/waris/ tanggungan gemulah (Pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan,JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.


JAWAPAN:

Penerima pencen yang melanjutkan pengajian ke ijazah pertama perlu mengisi borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) - JPA.BP.SPT.B03A dan mengemukakannya ke KWAP untuk pengemaskinian maklumat.


JAWAPAN:

Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiada orang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, waris hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:


JAWAPAN:

Semakan berkenaan pinjaman perumahan boleh dibuat terus ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di laman sesawang www.lppsa.gov.my atau di alamat seperti berikut:

No 9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana,

Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62592, Putrajaya.


JAWAPAN:

Potongan ganjaran/pencen bulanan untuk bayaran balik pinjaman perumahan akan dilakukan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan atas arahan dari pihak LPPSA. Pesara boleh merujuk kepada LPPSA untuk mengeluarkan surat arahan potongan pencen.


JAWAPAN:

Pegawai yang meletak jawatan atau dibuang kerja, tiada sebarang faedah persaraan diberikan. Perkhidmatan lepas hanya boleh diambilkira dan dicantumkan jika dilantik semula ke jawatan tetap selepas tahun 2012.


JAWAPAN:

Tidak boleh. Hanya balu/duda dan anak yang layak sahaja boleh menerima pencen terbitan.


JAWAPAN:

Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun boleh memohon persaraan pilihan dengan mengemukakan dokumen/permohonan melalui Ketua Jabatan anggota berkhidmat. Kelayakan untuk menerima faeadah persaraan adalah seperti berikut;


JAWAPAN:

Bayaran pencen melalui Skim A adalah pembayaran pencen bulanan secara kredit terus ke dalam akaun pesara / penerima pencen manakala cara bayaran melalui Skim B mengkehendaki pesara / penerima pencen atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen di kaunter bank sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaun. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.


JAWAPAN:

Sekiranya dalam tempoh 3 bulan berturut-turut bayaran pencen di bawah Skim B tidak dituntut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan terhenti. Pesara perlu melaporkan kepada pihak KWAP untuk mengaktifkan semula akaun tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.


JAWAPAN:

Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.

LAIN-LAIN

JAWAPAN:

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai wanita lantikan kontrak (warganegara) layak mendapat kemudahan cuti bersalin selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan.


JAWAPAN:

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005, pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan akan:

JAWAPAN:

Perenggan 8 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007 menyatakan bahawa semua Pemilik Kompetensi (Competency Owner – CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing-masing sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. CO juga bertanggungjawab mengemaskini data jika berlaku sebarang perubahan pada rekod peribadi.


JAWAPAN:

Penjawat Awam sama ada sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penjawat Awam ini merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.


JAWAPAN:

Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa yang layak. Walau bagaimanapun, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri.


JAWAPAN:

Pemberian Ex-Gratia Kematian adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti berikut:


JAWAPAN:

Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.


JAWAPAN:

Pesara / penerima pencen terbitan dan penerima pencen tanggungan bagi perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah menerima pencen berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.


JAWAPAN:

Pegawai kontrak dan sementara yang diarahkan BDR tidak layak dipertimbangkan bayaran faedah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah Pekeliling Perbendaharaan W.P 6.3 kerana pegawai-pegawai tersebut (kontrak dan sementara) telah dilindungi oleh skim perlindungan keselamatan sosial di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ini selaras dengan ketetapan Perenggan 10.3, Pekeliling Perbendaharaan W.P 6.3 seperti berikut:

“Pegawai yang dilindungi Skim Bencana Pekerjaan PERKESO atau skim perlindungan lain atas caruman Kerajaan, tidak layak dipertimbangkan faedah di bawah Skim ini.”


JAWAPAN:

Sebut harga/tender akan diiklankan di:

Iklan berkenaan mengandungi perkara-perkara berikut:

Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Sistem ePerolehan akan dapat mencapai maklumat tersebut dan boleh menyertai sebut harga dan tender secara atas talian (online).