(Setiap permohonan yang lengkap perlu dihantar ke e-mel pentadbiran.hq@caam.gov.my)
Setiap permohonan hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Bahagian Operasi Modal Insan dan Bahagian Sekuriti Penerbangan serta kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif. Pemohon perlu melampirkan satu (1) salinan Kad Pengenalan dan menyerahkan satu (1) keping gambar berukuran pasport dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Lampiran: Borang Permohonan Kad Kuasa Pegawai CAAM.
Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 3 Februari 2026, Tempahan Makanan dan Minuman untuk Mesyuarat Dalaman di Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) perlu dikemukakan kepada Unit Pentadbiran Am terlebih dahulu melalui emel bagi tujuan semakan sebelum tempahan dibuat kepada penyedia perkhidmatan yang akan disalinkan kepada pemohon.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut dan dikemukakan kepada Unit Pentadbiran Am selewat-lewatnya lima (5) hari berkerja sebelum tarikh Mesyuarat berlangsung bagi tujuan semakan.
Borang Pesanan Makanan dan Minuman;
Senarai Nama Ahli Mesyuarat (terhad kepada 25 orang sahaja); dan
Salinan Memo/ Surat/ Emel Jemputan Mesyuarat
Pemohon juga hendaklah mematuhi kadar maksimum penyediaan makanan dan minuman bagi mesyuarat dan tidak melebihi kadar yang ditetapkan seperti Jadual di bawah.
Jumlah maksimum bagi satu (1) tempahan adalah terhad kepada 25 orang sahaja. Penganjuran kursus/ bengkel atau mesyuarat yang melebihi satu (1) hari tidak dibenarkan menggunakan kemudahan ini dan perlu membuat Pesanan Kerajaan (LO) yang berasingan.
Permohonan perlulah dibuat dalam tempoh empat belas hari (14) hari sebelum tarikh ke luar negara.
Lampiran: Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian.
Contoh Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian.
Permohonan perlulah dibuat dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari sebelum tarikh ke luar negara.
Lampiran: Borang Menghadiri Persidangan, Seminar dan Lawatan Rasmi ke Luar Negara.
Contoh Borang Menghadiri Persidangan, Seminar dan Lawatan Rasmi ke Luar Negara.
Senarai Semak Permohonan Ke Luar Negara Atas Urusan Rasmi (Dikemaskini 2024)
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB3.1 iaitu Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam (Kemaskini 14 Julai 2022) dan emel daripada Bahagian Pentadbiran, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bertarikh 8 Disember 2022, permohonan Pegawai Awam ke Luar Negara atas Urusan Rasmi yang berkaitan dengan gambar di bawah perlu mendapatkan kelulusan khas daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada Pegawai Pengawal (Ketua Setiausaha), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
Bagi memastikan permohonan Kelulusan ke Luar Negara atas Urusan Rasmi berjalan lancar, Bahagian perlu mengemukakan Surat Rasmi Permohonan Kelulusan Khas Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Bahagian Perolehan dan Kewangan, MOT berserta dengan senarai delegasi, justifikasi tugas, surat jemputan, agenda dan kos perbelanjaan yang terlibat. Sesalinan surat rasmi tersebut perlu dikemukakan kepada Pengarah Khidmat Pengurusan (PKP) bagi membantu Bahagian - Bahagian untuk membuat semakan susulan berkenaan status surat permohonan tersebut.
Sekiranya maklum balas kelulusan telah diterima, sesalinan surat kelulusan tersebut perlu dilampirkan bersama-sama dengan borang Lampiran A yang telah lengkap berserta dokumen seperti senarai semak sebelum dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Am (BPA) untuk tindakan selanjutnya. Pemohon perlu sentiasa memberikan perhatian berkenaan tempoh dua puluh lapan (28) hari yang perlu dipatuhi oleh Bahagian – Bahagian dengan merujuk kepada emel Garis Panduan Bagi Pernyataan Perbelanjaan Pegawai Awam ke Luar Negara atas Urusan Rasmi.
Pemohon perlu melengkapkan borang dan mengemukan kepada Unit Pentadbiran selewat-lewatnya pada 31 Disember pada setiap tahun. Permohonan ini hanya termaktub bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
Lampiran: Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-kanak di Tempat Kerja Sektor Awam.
Bahagian/Unit perlu melengkapkan Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam (Arkib 2/08) dan kemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Am (BPA) berserta memo permohonan pemusnahan rekod awam daripada Bahagian/Unit masing-masing. Unit Pentadbiran berhak menolak permohonan tersebut sekiranya terdapat kesilapan mengisi borang tersebut. Sekiranya berlaku kesilapan, pemohon perlu mengisi semula borang tersebut. BPA akan mengemukakan permohonan tersebut kepada Arkib Negara Malaysia bagi tujuan kelulusan pemusnahan.
Pemohon dikehendaki merujuk Jadual Pelupusan Rekod Urusan Am terbitan Arkib Negara Malaysia sebelum mengisi borang tersebut bagi memastikan dokumen-dokumen yang ingin dimusnahkan mengikut tempoh/ tindakan yang telah ditetapkan Arkib Negara Malaysia.
Bagi Pejabat CAAM Wilayah Sabah dan Pejabat Wilayah Sarawak, pemohon perlu merujuk dan mendapatkan nasihat daripada Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah atau Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak terlebih dahulu sebelum memohon pemusnahan rekod awam di pejabat masing-masing.
Bahagian/Unit yang ingin melupuskan rekod-rekod kewangan dan perakaunan, perlu melengkapkan Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Kewangan-Arkib 4/08) berserta memo permohonan pemusnahan rekod dan kemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Am (BPA). BPA berhak menolak permohonan tersebut sekiranya terdapat kesilapan mengisi borang tersebut. Sekiranya berlaku kesilapan, pemohon perlu mengisi semula dan menghantar borang tersebut. BPA akan mengemukakan permohonan tersebut kepada Jabatan Audit Negara, Arkib Negara Malaysia dan Bahagian Akaun, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi tujuan kelulusan pemusnahan.
Pemohon dikehendaki merujuk Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan Tahun 2023 terbitan Arkib Negara Malaysia sebelum mengisi borang tersebut bagi memastikan dokumen-dokumen kewangan dan perakaunan yang ingin dimusnahkan mengikut tempoh/ tindakan yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Bagi Pejabat CAAM Wilayah Sabah dan Pejabat Wilayah Sarawak, pemohon perlu merujuk dan mendapatkan nasihat daripada Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah atau Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak terlebih dahulu sebelum memohon pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan di pejabat masing-masing.