UNIT PENTADBIRAN

PENERBITAN ICAO

JAWAPAN:

Akses penerbitan ICAO melalui laman web ICAO Secure Portal dan ICAO Store dikawal selia sepenuhnya oleh Bahagian Kualiti dan Standard (BKS). Perpustakaan CAAM adalah pihak yang diberi kebenaran oleh BKS untuk mengakses dan memuat turun penerbitan ICAO di kedua-dua laman web tersebut. Akses ini hanya terhad kepada Pegawai BKS dan Perpustakaan sahaja.

Sekiranya Perpustakaan tidak dapat memuat turun dokumen ICAO yang dimohon melalui laman web ICAO Secure Portal dan/atau ICAO Store atau Perpustakaan tidak mempunyai salinan cetakan (hardcopy), Perpustakaan akan mengajukan permohonan tersebut kepada Pegawai BKS untuk bantuan.

JAWAPAN:

Pemohon boleh menghantar e-mel permohonan ke perpustakaan@caam.gov.my bagi mendapatkan salinan senarai penerbitan ICAO yang terkini atau pemohon boleh terus merujuk laman web Katalog Bahan Perpustakaan CAAM (CAAM Library OPAC) di https://caamlibrary.librarika.com. Walau bagaimanapun, pemohon tidak boleh memuat turun salinan digital penerbitan ICAO melalui laman web Katalog Bahan Perpustakaan CAAM tersebut.


JAWAPAN:

Pegawai tidak dibenarkan berkongsi salinan digital penerbitan ICAO tersebut. Ini kerana salinan digital penerbitan ICAO adalah terhad untuk kegunaan dalaman sahaja. Pegawai/Kakitangan yang mempunyai salinan cetakan atau digital penerbitan ICAO, bertanggungjawab untuk menyimpan dan membuat rujukan dalaman sahaja. Perpustakaan CAAM tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan atau kecuaian berkongsi salinan tersebut dengan pihak luar.


JAWAPAN:

Pegawai/Kakitangan dibenarkan membuat cetakan penerbitan ICAO untuk rujukan sendiri atau bahagian masing-masing. Perpustakaan CAAM hanya mencetak penerbitan ICAO untuk rujukan pengguna Perpustakaan sahaja dan tidak bertanggungjawab untuk mencetak mana-mana penerbitan ICAO untuk rujukan sendiri atau mana-mana Bahagian.

BAHAN BACAAN/ RUJUKAN PERPUSTAKAAN CAAM

JAWAPAN:

Semua warga CAAM dan pengguna luar boleh merujuk laman web Katalog Bahan Perpustakaan CAAM (CAAM Library OPAC) di https://caamlibrary.librarika.com bagi melihat judul-judul bahan bacaan/rujukan yang terdapat di Perpustakaan CAAM.


JAWAPAN:

Tempoh masa pinjaman bahan Perpustakaan CAAM adalah selama dua (2) minggu. Sekiranya peminjam ingin melanjutkan tarikh pemulangan, peminjam perlu menghantar permohonan melalui e-mel ke perpustakaan@caam.gov.my dan tarikh pinjaman akan dilanjutkan lagi selama dua (2) minggu. 


JAWAPAN:

Pengguna luar hanya dibenarkan membuat rujukan di dalam ruang Perpustakaan CAAM sahaja dan boleh menggunakan fasiliti yang disediakan. Pinjaman hanya terhad kepada warga CAAM sahaja.


JAWAPAN:

Kaedah Pertama, Perpustakaan CAAM akan membuat proses Pinjaman Antara Perpustakaan (Inter-Library Loan) yang mana bahan tersebut akan dipinjam daripada perpustakaan sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya).

Kaedah Kedua, sekiranya judul/ edisi tersebut tiada di mana-mana perpustakaan sekitar Lembah Klang, Perpustakaan CAAM akan membuat pembelian terus berdasarkan keperluan pemohon bergantung kepada baki peruntukan semasa di bawah bajet pembelian buku perpustakaan.

Kaedah Ketiga, sekiranya bahan tersebut boleh diakses dan dimuat turun secara percuma (free online access) di mana-mana laman web, Perpustakaan CAAM akan mencadangkan kepada pemohon untuk mengakses bahan tersebut dalam bentuk digital. Kaedah ini sangat digalakkan bagi permohonan segera.


JAWAPAN:

Warga CAAM boleh menghantar senarai cadangan judul-judul bahan rujukan ke e-mel perpustakaan@caam.gov.my. Pihak Perpustakaan akan menguruskan pembelian bahan rujukan tersebut berdasarkan peruntukan kewangan semasa di bawah bajet pembelian buku perpustakaan.


JAWAPAN:

Dokumen-dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun di laman web CAAM di bahagian “Publications” melalui pautan berikut: https://www.caam.gov.my/legislation-regulations/general/civil-aviation-directives/?std.

Walau bagaimanapun, Perpustakaan CAAM tidak bertanggungjawab mengurus dan mengawal selia dokumen-dokumen tersebut. Sekiranya pemohon ingin mendapatkan dokumen-dokumen edisi atau versi terkini yang tiada di dalam laman web CAAM, pemohon perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Bahagian Kualiti dan Standard (BKS).

LANGGANAN SURAT KHABAR/MAJALAH

JAWAPAN:

Bermula 28 Februari 2022, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah menamatkan langganan surat khabar harian tempatan (bercetak) dan digantikan dengan langganan surat khabar dalam talian (e-newspapers). Hal ini dilaksanakan seiring dengan matlamat CAAM ke arah pendigitalan (digitalization) dan sebagai salah satu langkah penjimatan.

Panduan untuk mengakses portal surat khabar dalam talian (e-newspapers) tersebut, boleh merujuk emel hebahan surat khabar (Digital News CAAM) dalam talian yang dihantar setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

Perpustakaan CAAM tidak lagi melanggan majalah bercetak. Walau bagaimanapun, pengguna yang ingin membaca majalah dalam talian (e-magazines) secara percuma, boleh mendaftar sebagai ahli di portal            u-PUSTAKA - https://www.u-library.gov.my/portal/web/guest/registration. Pendaftaran adalah terbuka kepada semua dan percuma.

Selain majalah dalam talian (e-magazines), pengguna juga boleh mengakses pangkalan data (online database) dalam dan luar negara yang lain seperti e-Books, e-Newspaper, e-Learning, e-Journals,                   e-References, audio books, dan Acts and Regulations.

LAIN-LAIN

JAWAPAN:

Tempahan Penggunaan Bilik Mesyuarat dan Bilik Perbincangan boleh dilakukan menerusi sistem e-Meeting Room Booking yang dipaparkan di hadapan portal e-BKP. Pemohon perlu menyemak ketersediaan (availibility) bilik yang ingin ditempah bagi mengelakkan pertindihan tempahan. Sekiranya pemohon ingin membatalkan atau meminda maklumat tempahan bilik, pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui emel di pentadbiran.hq@caam.gov.my Disertakan Panduan Tempahan Bilik Mesyuarat di Ibu Pejabat untuk memudahkan urusan.


JAWAPAN:

Merujuk kepada Memo bertarikh 2 Oktober 2020, semua pegawai yang berkelayakan perlu membuat pembayaran caj bulanan alat komunikasi mudah alih kepada pihak syarikat telekomunikasi dan seterusnya membuat tuntutan kepada Bahagian Pengurusan Kewangan berserta dengan bukti pembayaran. Pegawai juga hendaklah memastikan talian yang digunakan didaftar di atas nama pegawai yang membuat tuntutan sahaja bagi proses tuntutan kelak dan terhad kepada kadar yang telah ditetapkan mengikut gred pegawai merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan WP 2.2-Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih.


JAWAPAN:

Pegawai/kakitangan tersebut hanya perlu menghadirkan diri ke Unit Pentadbiran, BKP dan menyerahkan sendiri kad akses tersebut bagi tujuan rekod penyerahan mengikut tarikh akhir pegawai/kakitangan yang berhenti/bersara.

JAWAPAN:

Setiap bahagian/unit perlu membuat penilaian terhadap fail-fail yang telah ditutup dan merujuk kepada Jadual Pelupusan Rekod yang telah disediakan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) bagi tujuan pelupusan tersebut. Seterusnya bahagian/unit perlu melengkapkan borang pelupusan yang berkaitan mengikut jenis-jenis fail sebelum dikemukakan kepada Unit Pentadbiran, BKP untuk tindakan selanjutnya.


JAWAPAN:

Pemohon perlu hadir dan membuat permohonan di Unit Pentadbiran, BKP dengan melengkapkan maklumat pinjaman kunci pada buku daftar kunci pendua. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tertakluk kepada kunci yang disimpan oleh Unit Pentadbiran, BKP sahaja. Sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan juga boleh terus hubungi Unit Pentadbiran melalui emel pentadbiran.hq@caam.gov.my